Tuesday, June 30, 2009

TERGEMPAR ! DUN PERAK BUBAR ?........


BERITA TERGEMPAR ! DUN PERAK AKAN BUBAR WAKTU YANG SANGAT DEKAT, TIMBALAN PERDANA MENTERI MUHIDEN YASIN DI JANGKA BERJUMPA SULTAN PERAK ESOK INI EKORAN ADA ADUN PERAK YANG MENYERTAI PR KEMBALI

JIKA BERITA INI DI SAHKAN DENGAN KADAR SEGERA MAKA ADA KEMUNGKINAN DUN PERAK AKAN DI BUBARKAN MINGGU HADAPAN, SEJAK MINGGU LEPAS NIZAR SUDAH BERJUMPA DENGAN ADUN YANG TELAH MELOMPAT BALIK DENGAN CARA SENYAP

KITA TUNGGU BERITA GEMBIRA INI DENGAN BERLAPANG DADA DAN JIKA IA MENJADI KENYATAAN MAKA IA AKAN MENAMATKAN MENTERI BESAR MAHKAMAH YANG DI SANDANG OLEH ZAMBRY, WALAU APAPUN PAK KARAMU YAKIN IA AKAN MENJADI KENYATAAN

PAK kARAMU JUGA TELAH BERHUBUNG DENGAN ORANG TERTENTU DI KL DAN BELIAU HANYA MENYEBUT AKAN BUBAR MINGGU HADAPAN, DI TANYA SAMA ADA SELEPAS PILIHANRAYA MANIK URAI ? BELIAU MENYATAKAN ITU MENGIKUT BUDI BICARA SPR JIKA LAPORAN DI BUAT DENGAN KADAR SEGERA , JADI SEKARANG KITA TUNGGU

Saiful Disaman RM2 Juta


SUARA KEADILAN


Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.

Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu Suara Keadilan, saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.

Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.

Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.

Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.

“Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.

“Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.

“Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.

Poster mini calon Manik Urai


Ini bukan poster rasmi calon (buatan sendiri). Poster rasmi akan keluar selepas Penamaan Calon. Khas untuk blogger & mereka yang berminat nak tengok wajah calon kita..

Manek Urai : UMNO Tak Mahu Fitnah, Boleh Percaya Ke?



Susulan kritikan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim terhadap dakwaan UMNO BN menjalankan kempen memburuk-burukan Pakatan Rakyat dan mencemar nama baik Menteri Besar Kelantan untuk meraih undi di Manek Urai, UMNO BN kini mengarahkan semua penceramahnya supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihan raya kecil itu.



Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, Umno tidak mahu menggunakan pilihan raya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah."Terpulang kepada Datuk Seri Anwar nak bercakap apa pun," katanya. Ahmad yang juga Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri berkata, UMNO akan menggunakan saluran media untuk menyampaikan penerangan kepada pengundi Manek Urai.

Namun, jikalau difikirkan sejenak mahu ke UMNO ni memegang pada janjinya? Sejak bila UMNO memegang pada janjinya? Dan berapa banyak janji yang UMNO mungkiri ? Saya bukanlah berfikiran negatif, namun ingin membawa para pembaca untuk memikirkannya...isyk...isykk..boleh percaya ke?? Macam tak percaya je UMNO nak berubah, sama-sama lah kita tunggu ye..

Friday, June 26, 2009


Seperti biasa, setiap kali isu dalaman parti berkocak, penulis dihujani desakan supaya menulis isu tertentu, menyokong kenyataan pemimpin tertentu dan membidas kenyataan pemimpin yang lain.




Penulis tidak nampak ia sebagai jalan penyelesaian atau sebahagian dari kaedah untuk mengurangkan ketegangan dalam jamaah.

Adab berjamaah ialah apabila timbul salah faham, mana-mana individu yang terbabit dalam perbezaan pandangan mesti kembali duduk semeja, bersama orang tengah, bermuzakarah secara berhemah berdasarkan ilmu dan perhitungan masing-masing.




Muzakarah dan musyauwarah mesti dibuat secara tertutup. Jangan bocorkan maklumat sewenang-wenangnya kepada mana-mana pihak.


PAS ada Majlis Syura Ulamak, Dewan Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Semuanya sangat berautoriti untuk bermesyuarat mencari penyelesaian berasaskan hukum dan politik semasa.



Tapi kalau penyelesaian dibuat dengan meledakkan ungkapan-ungkapan sensasi dan kadang-kadang kontroversi di media-media perdana yang hampir kesemuanya merupakan media talibarut musuh, maka jalan penyelesaian akan semakin jauh, berliku dan berakhir dengan jatuh ke perigi buta.



Ketika ini adalah masa imej PAS naik menjulang, setelah kita mempunyai banyak negeri yang PAS berkuasa atau turut berkongsi kuasa. Imej PAS akan jatuh merudum jika para pemimpinnya menunjukkan perilaku ‘buruk’ kepada dunia luar bahawa mereka tidak tahu adab dalam berbeza pendapat.



Ahli-ahli bawahan jadi keliru. Betulkah ada pemimpin yang mengecam pemimpin lain secara terbuka dengan cabaran yang sangat melukakan hati? Betulkah ada kenyataan dari pemimpin yang kemaruk sangat untuk bekerjasama dengan parti rasuah? Jika cerita sensasi seperti itu tersiar dalam akhbar talibarut kita boleh beritahu ahli-ahli bawahan bahawa ia satu putarbelit. Tapi kalau yang tersiar ialah audio dan visualnya sekali, bagaimana ahli-ahli bawahan nak hadapi tempelakan dari orang awam di luar dunia PAS sana sama ada peminat atau pembenci.



Sewaktu Tun Dr. Mahathir menghentam Pak Lah secara terbuka kita tepuk tangan. Apabila Pak Lah kutuk Muhyiddin yang kononnya tak sabar-sabar nak jadi Timbalan Perdana Menteri, kita gelakkan Umno kerana berkelahi di halaman rumah hingga jiran-jiran turut nampak pinggan mangkuk berterbangan.



Maka, janganlah antara kita yang allergic mendengar nama Umno sekalipun (apatah lagi kerajaan perpaduan bersama Umno), tiba-tiba mengambil pula budaya dan perangai Umno untuk dituruti. Cukuplah. Berpada-padalah dalam bercakap, memberi pandangan mahupun menegur. Kembalilah kepada akhlak dan adab berjamaah.



Sewaktu isu 16 September disensasikan oleh golongan tertentu dalam Pakatan Rakyat, muncul pandangan yang berbeza dari ‘arus perdana’ PR ketika itu; iaitu dari Dato’ Haji Mustafa Ali dan Haji Mohamad Sabu. Mereka, disamping tidak mempercayai (juga tidak menyetujui?) pembentukan kerajaan 16 September, menegaskan bahawa kerajaan berintegriti hanya dapat dibentuk dengan mengalahkan BN dalam pilihanraya umum. Ada yang menempelak. Namun pandangan mereka hanya dapat diterima sepenuhnya selepas kejatuhan kerajaan PR Perak melalui cara di luar tabie.



Sama ada dijatuhkan melalui peti undi atau secara penghijrahan Ahli Parlimen, yang penting ialah BN khususnya Umno mestilah dijatuhkan dulu. Kalau mahu berbaik dengan Umno pun (saya katakan ‘kalau’) maka biarlah selepas mereka kalah di Pusat, bukan sebelum.



Beri peluang mereka jadi pembangkang dan rasakan apa yang pihak mereka tindas dulu pernah rasai. Sebaik-baik tarbiyah untuk orang sombong ialah penghinaan. Biar mereka rasa hidup tanpa kuasa, tanpa ‘perlindungan’ mahkamah dan polis, tanpa sumber dana dari komisyen projek dan tanpa media propaganda untuk mempertahankan kebobrokan mereka.


Ada yang berteori bahawa kalau Umno kalah di Pusat, rangkaiannya di akar umbi akan hancur lebur kerana sumber kekuatan mereka selama ini adalah kuasa dan wang. Tanpa keduanya, masakan mereka boleh bertahan sedangkan jati diri pun sudah luntur. Itu yang ramai kalangan rakyat nak lihat.




Ada lagi adegan orang ramai nak tengok ialah pembongkaran fail-fail penyelewengan pemimpin-pemimpin BN yang selama ini dipendamkan. Siapa pula antara pemimpin BN yang akan cabut lari keluar negeri untuk mendapatkan suaka politik? Berapa banyak kasut tumit tinggi, pakaian pelbagai fesyen dan sanggul isteri bekas pemimpin negara yang tertinggal dalam mahligai milik kerajaan. Bagaimana pula dengan perancang-perancang konspirasi terhadap Anwar sehingga beliau terpaksa merengkok dalam penjara. Mereka akan lari atau bersedia untuk diadili di mahkamah?



Semua ini sangat menarik minat rakyat jelata untuk menyaksikannya dan hanya dapat disaksikan secara percuma apabila BN kalah di Pusat.

Saipooliwat


Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.

Menurut blog itu, Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.

Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.

Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.

Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

“Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini,” ujar blog berkenaan.

Thursday, June 25, 2009

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA. UMNO MMG BENCI ISLAM!






(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa

kini."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."


(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."


(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."


(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."


(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."


(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."


(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
Allah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi
orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)


MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".


Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".


(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)


MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."


(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:2

Rasullullah bersabda:

"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"

"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi

"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.


MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.


Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.


MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM

Dr Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?

UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

Negara akan huruhara jika laksana Islam-Najib



Aku mula2 x percaya sangat...tapi dah mmg perangai PM kite yang ke-6 ni dan buktinye ade dalam satu artikel seper gambar di atas...wah..aku rasa macam duduk bukan negara Islam jer nih...Ya Allah...selamat kan lah negara ku ini...dan Engkau jadikan lah Pemimpin negaraku ini antara org2 yang beriman Ya Allah....

Wednesday, June 24, 2009

7 Bukti Kaitan Najib dengan Altantuya!


"Kebelakangan ini, media UMNO sibuk memainkan lagu Kerajaan Perpaduan sehinggakan isu Altantuya dan isu-isu lain bagaikan dilupakan. Artikel lengkap ini mendedahkan kaitan Najib dengan Altantuya secara terperinci.

Altantuya Shaariibuu ni seorang model cantik dari Mongolia. Dia telah dibunuh dan mayatnya telah dikecaikan dengan bom C4. Altantuya ini dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev. Kalau dia tak dibunuh secara kejam dan masih hidup, umurnya sekarang ialah 31 tahun. Bapa dia seorang profesor psikologi.


Altantuya ni dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia ni fasih banyak bahasa: Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.

Altantuya Shariibuu mulanya bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan. Menurut kepercayaan ramai, dia ni juga merupakan perempuan simpanan kepada Razak Baginda dan Najib Razak. Mari lihat kaitan Najib dengan Altantuya..

1. Pembunuh Altantuya dibunuh oleh orang-orang Najib.

Wanita cantik dari Mongolia ini diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa. Dalam erti kata lain, orang-orang Najib.

2. Najib enggan nafi buat jangkamasa yang panjang.

Setelah sekian lama kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi oleh Najib pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja. Tindakan Najib enggan menafikan dari awal jelas menimbulkan misteri. Sehingga sekarang, Najib masih enggan menyaman akhbar dari seluruh dunia, dalam dan luar negara yang menuduh Najib mengarahkan pembunuhan kejam tersebut. Pendedahan eksklusif secara detail oleh akhbar Perancis berhubung peranan Najib dalam isu ini cukup memalukan. Keengganan Najib yang enggan menyaman bagaikan mengesahkan semua dakwaan ke atasnya.

3. Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah cuba disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.

Menurut saksi, ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak'. Sepatutnya, pihak pendakwaan, sekiranya bermaruah dan ada integriti, perlu segera membuat siasatan dalam isu ini. Kerjasama semua pihak untuk mengesan gambar ini perlu dibuat. Mungkin tawaran/reward boleh ditawarkan untuk memastikan kewujudan gambar ini. Keengganan pendakwa/mahkamah/polis/pejabat peguam negara untuk menyiasat isu ini menguatkan keyakinan masyarakat bahawa najib memang terlibat.

4. Suruhanjaya bebas dihalang

Najib mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Najib juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Akhbar UMNO mendakwa kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Apa yang pasti, memang Najib yang bertanggungjawab dalam isu pembelian kapal selam tersebut. Apa yang pasti, memang wujud motif untuk membunuh Altantuya. Apa yang pasti, memang Altantuya dibom. Keengganan semua pihak dan institusi kerajaan untuk menyiasat isu ini seolah-olah mengesahkan penglibatan Najib. Sepatutnya, kes ini segera disiasat kerana wujud elemen komisyen dan rasuah malah melibatkan isu keselamatan negara! Tetapi, UMNO punya pasal, semua orang kerajaan menyepi..

4. Wartawan di ISA

Pada 2 Mei 2008, Malaysiakini melaporkan DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber telah menyiasat terhadap Raja Petra Kamaruddin dan beberapa maklumat dalam komputer beliau. Rumah Raja Petra Kamaruddin terletak di Sungai Buloh, Selangor. Siasatan ini ada kaitan dengan artikel dalam Malaysia Today yang bertajuk "lets send the Altantunya murderers to hell". Wartawan ini kemudiannya di ISA kononnya kerana menghina Islam tetapi akhirnya terpaksa dibebaskan. Wartawan ini telahpun menjelaskan sumber-sumber maklumatnya secara terperinci tetapi tangkapan atau siasatan ke atas Najib masih tidak dibuat.

5. Mahkamah diperguna.

Tindakan pegawai pendakwa yang menggelupur setiap kali nama Najib disebut dan tindakan pendakwa yang membantah setiap kali timbul nama Najib mengesahkan bahawa Najib memang terlibat. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 2 tertuduh menjadi bahan jenaka di seluruh dunia kerana masyarakat tidak melihat wujudnya motif untuk mereka membunuh dan mengebom Altantuya.

6. Razak Baginda bebas!

Razak Baginda bukan dibebaskan selepas perbicaraan penuh. Razak baginda dilepaskan TANPA PERLU MEMBELA DIRI! Ini mengsahkan wujudnya tangan-tangan jahat yang mencampuri urusan mahkamah. Sebaik dibebaskan, Razak segera membuat sidang media memaklumkan bahawa Najib tidak kenal Altantuya. Ini cukup melucukan!

7. Parlimen diperguna!

Ahli Parlimen membawa suara 27 juta rakyat Malaysia bersama mereka. Apabila ahli Parlimen Pakatan cuba membawa isu Altantuya ini ke Parlimen, ada ahli Parlimen yang digantung dan dihalau dari dewan. Ini mengesahkan bahawa Najib menggunakan seluruh jentera kerajaan dan seluruh pengaruhnya untuk menyekat isu Altantuya dari dibincangkan.

SEKADAR RENUNGAN.. menurut pendedahan akhbar perdana Perancis, maklumat dari polis mengatakan bahawa Altantuya yang sedang mengandung dibogelkan sebelum ditembak. Apabila Altantuya tidak mati, dia telah ditembak sekali lagi sebelum di bom. Apabila saya berbual dengan rakan saya yang merupakan seorang penyokong kuat UMNO, dia berkata bahawa ini tidak mengapa kerana wujud khabar kononnya Altantuya ialah agen CIA.. Memang beginilah sikap oarng UMNO.. Zalim dan suka membuat fitnah. Saya dengan tegas mengatakan, kalaupun Altantuya memang agen asing (yg mana tiada bukti pun, masih berdosa besar membogelkan dan membunuh perempuan yang mengandung!

Semoga Allah menyelamatkan kita dari kezaliman dan kebodohan orang-orang yang zalim..

Gegaran 9.99 richer buat PM Najib




Allahuakbar. Jelas dan terang. Dua kenyataan di sidang media menjernih dan menerangkan segala-galanya. Apa yang jelas di sini hasil sidang media oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan PAS sendiri menunjukkan :

a) PAS semakin matang menghadapi ujian dan dugaan.


b) Pucuk pimpinan tertinggi PAS berjiwa besar.



c) Hasil doa dan solat hajat semua pendokong PAS dan jemaah Islam.


d) Melegakan seluruh pejuang rakyat marhein dan rakyat Malaysia amnya.

Keputusan yang ditunggu-tunggu penuh harapan oleh seluruh rakyat Malaysia itu menunjukkan betapa PAS adalah peneraju perubahan politik Malaysia. Ini hakikat.

Lebih jelas lagi, kasih sayang pendokong Islam dan golongan marhein terhadap ulamak bertambah kuat lagi tautan hati.

Sidang media oleh pimpinan PR di Parlimen dan disusuli Kenyataan Mursyidul Am di Jalan Raja Laut adalah umpama satu gegaran berskala 9.99 richer kepada PM Najib dan sekutu-sekutunya. Juga kepada suku sakat Abdullah bin Ubai !

Walaubagaimanapun, PAS perlu ingat walaupun Najib dan UMNO gagal kali ini untuk memporakperandakan PAS, mereka ada 1001 cara lagi taktik kotor dan jahat mereka.

Hanya kepada Allah Taala kita berserah dan berdoa. Itulah beza PAS dan UMNO.

Akankah Diturunkan Allah Seorang PM Rakyat Seperti Ini?










"Saya sangat tertarik dengan keperibadian Ahmadineneejad yang sering digambarkan hidup begitu sederhana. Di bawah ini disertakan tiga keping gambar majlis jamuan negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini (tiga gambar itu diambil dari Cina Islam).

Dalam gambar tersebut Presiden Bolivia Juan Evo Morales kelihatan berkot hitam. Presiden Iran dan tetamunya makan sambil bersila, tiada set perabot makan yang serba mewah, tanpa protokol makan gaya-Barat seperti yang di amalkan di negara ini dan pastinya tidak diadakan di hotel 7 bintang!

Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.

5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.


6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.

8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.
11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.
12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.
13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.
Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad memerintah satu Malaysia.
P/s-Mengapa kebanyakkan peminpin melayu masa kini yang terkenal dengan adat dan budaya islam yang halus lagi lembut tidak memiliki sifat sedemikian?

Kerajaan Perpaduan: Satu Kelegaan, mara kehadapan


Kami berasa lega dan ramai rakan-rakan akademik amat bangga dengan sikap dan setiakawan YAB Dato' Nik Abdul Aziz, YB Dato' Seri Abdul Hadi dan YB Nasharudin Md Isa dalam isu UG. Kebanggaan ini menunjukkan kepada rakyat kematangan PAS dan sikap profesional pimpinan PAS. UMNO nampaknya juga termasuk Najib, Mahyuddin dan lain-lain pimpinan UMNO ter'MATI KUTU'.

Seorang sarjana matematik menyatakan kepada saya semasa sembang-sembang diruangan kopi, menyatakan PAS/PR boleh maju jaya kehadapan dalam tempoh 3-4 tahun lagi.



Jika sikap yang lancar, matang dan proaktif diambil PAS/PR akan menerajui negara. Beliau berjenaka lagi bahawa akan bebaslah ahli2 akademik dari cengkaman UMNO/BN dan 'ada peluanglah aku jadi TNC ke atau NC'. Itulah lawak beliau. Beliau sebenarnya seorang sarjana yang saya kenali tidak pelahap jawatan dan pangkat tetapi sentiasa mahukan keadilan dan ketelusan.
Mesej yang hendak disampaikan kepada semua pimpinan PR bahawa rakyat dahagakan perubahan. Sambutlah kemahuan rakyat ini. Bergeraklah secara agresif lagi kepada agenda perubahan. Itu sahaja yang kami mahukan.

Kepada YB Ustaz Nasharudin, berhati-hatilah dengan agenda UMNO. Belajarlah menjadi seorang pepimpin negara. Bijaksanakanlah sikap dan pendekatan bila berhadapan dengan wartawan yang menjadi pencacai UMNO/BN. Kami nasihatkan ustaz, jauhi UMNO/BN kerana mereka ini pembawa wabak dan penyakit. Rajin-rajin jugalah turun padang dan bersama rakyat yang menyokong saudara. Dengar nasihat kawan-kawan dan belajarlah menjadi jurucakap PAS/PR yang baik dan forward thinking..

Hidup..Hidup..Hidup Rakyat.

Pakatan Rakyat Kini Lebih Mantap!


Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media UMNO dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak.

UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai. Pimpinan PAS ternyata lebih pintar; dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan - istiqamah (menurut YB Tuan Guru Nik Aziz) dan memperkukuh institusi kenegaraan (”membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil,” tegas YB Tuan Guru Abdul Hadi).

Seharusnya kita hargai peranan YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dari DAP serta Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin Ali dan YB Saifuddin Nasution dari KeADILan.

Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat!

-antraxs-

Umno tambah tertekan, kecewa keputusan Pakatan Rakyat



KUALA LUMPUR, 24 Jun - Keterlanjuran PAS dalam menghadapi isu kerajaan perpaduan akhirnya mendedahkan pengkhianatan Umno apabila Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak mengakui keikhlasannya bersama parti itu tetapi dalam masa yang sama menuduh seolah-olah PAS mahu menyertai mereka.

"Umno telah lakukan pengkhianatan walaupun Najib sebut keikhlasan PAS (bentuk kerajaan perpaduan) dalam masa yang sama melakukan penyelewengan laporan akhbar mendedahkan seolah-olah PAS nak joint Umno," demikian menurut Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Jelasnya, keputusan melalui mesyuarat Pakatan Rakyat mengambil kira semua faktor termasuk kesan isu itu kepada ahli dan penyokongnya.
Keputusan Pakatan Rakyat itu katanya, mengundang kesan politik yang sangat besar sekali gus meredakan keadaan politik dalam pakatan terutama penyokong mereka.
Ekoran daripada isu itu, katanya Umno bertambah tertekan sehingga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi laluan kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan tanpa syarat.
"Umno kecewa dengan keputusan ini. Saya sangat sebak dada apabila kita buat keputusan hasil tandatangan ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat.
"Banyak 'sms' kita terima dari rakyat Malaysia yang seronok dengan keputusan itu begitu juga kelab penyokong PAS mereka juga menerima baik," katanya.
Beliau turut mengulas keterbukaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang memaafkan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa sekaligus membersihkan imejnya dan seluruh ahli parti.

Selamat Datang Bisikan Rakyat


Selamat datang Bisikan Rakyat!!!! Di harap semua rakyat dapat memberikan komen atau teguran kepada penulis sekiranye ade kelemahan InsyaAllah!!!

Sama-sama lah kiter memperjuangkan hak-hak rakyat demi masa depan generasi-generasi kite insyaAllah!!!